Program Advokasi Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merah

28 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2018, Pusat Internet Kg. Bandong telah menganjurkan Program Advokasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merah yang bertempat di dewan sekolah tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 10.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.

Beberapa staf dari PI yang terdekat seperti PI Sibujaya, PI Rantau Panjang, PI Seduan dan PI Ng Sekuau juga turut serta dalam menjayakan program ini. Seramai 225 orang pelajar tingkatan 1 dan 9 orang guru terlibat sama dalam Program Advokasi ini. Program Advokasi yang dijalankan selama 3 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan kepada PI dan Advokasi, Taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak, Taklimat Buli Siber dan Permainan atas talian, Taklimat maklumat palsu dan Oversharing, pengenalan terhadap Online Grooming serta Taklimat Check Your Label dan Mobile eWaste.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya penggunaan internet secara positif dan melahirkan semangat kerjasama antara peserta program melalui sesi soal jawab advokasi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali